Isnin, 15 September 2014

Puding Cocktail Banjir

Assalammualaikum 

Mood tengah lapar ni >_< . First time buat masa raye bulan lepas . Permintaan daripada En. Mhh :p. En. Mhh ni kalau bab makan suka je share kat Facebook Lynn .Belajar masak katanya.Nanti dia nak rase :p.  Kalau masakan kg alhamdulillah setakat ini , cuma perlu diperbaiki lagi.Buat kuih pon alhamdulillah juga perlu dipelbagaikan lagi. Kalau mintak masak wastern?? Ops! kena belajar lagi lah... tak pandai sangat. kalau masak makaroni & spegetti goreng @ banjir tu boleh lah ..hehe . Tapi nasib baiklah En. MHH tu lidahnya lebih kepada masakan kampung . Begitu juga Lynn ! Ok lari daripada tajuk da. Fokus kepada Puding Cokctil Banjir :D


Fav My Mum !
POtong 4 segi besar (susah sikit nak makan coz nak kena ptong kecik2 juga) haha

Potong 4 segi kecil (dadu)

Lynn dah lupa kat mane resepi yang En. Mhh share . Lynn search semula . So ini hasil dapatan Lynn yang sama lah juga. Bezanya Lynn tambah 1 sudu tepung kastad supaya puding berwarna kuning dan ada kuah sekali ...hehe

Bahan-bahan untuk Puding

10 gm serbuk agar-agar 
1 tin susu sejat penuh krim 
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard (supaya puding bewarna kuning -> jika mahu)

Cara-cara

1) Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah  air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
2) Masukkan susu sejat dan kacau rata 
3) Masukkan 2 sudu tepung kastard dak kacau sehingga rata 
4) Masukkan cocktail yang telah ditapis airnya ke dalam periuk ( Kacau selama 1 minit sahaja dan kemudiannya boleh dituang ke dalam loyang ataupun acuan untuk disejukkan.)

Bahan-bahan Kuah Puding Cocktail

1) Air cocktail yang telah ditapis 
2) 1/2 tin susu sejat penuh krim (ikut kemanisan yang anda suka)
3) 2 sudu besar tepung kastard 
4) 1 cawan air (kalau nak kuah cair) Lynn suka kuahnya pekat coz lg sedap >_<

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan-bahan sehingga sebati dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dingin.

It's simple. mudah kan ..hehe.. dah. Puding cocktail yang sudah beku bolehlah dipotong untuk dimakan begitu sahaja @ pun mkn bersama kuahnya :) . 


Boleh je rujuk SINI  (Credit untuk blogger ini)

Cuaca panas-panas , sedap sungguh mkn yang sejuk-sejuk ni.!! >_<

Jazakumullah Khiran Kathira

3 ulasan:

  1. Nampak sedap sgt...terima kasih sudi follow blog akak...akak dah follow blog Alynn ye..:)

    BalasPadam
  2. tak pernah dengar lagi puding banjir ni,hehehe. memang nampak sedap,yummm

    BalasPadam
  3. Perggghhhh sedapnya Lin.. terasa sejuk jer lalu kat tekak akak ni :)

    BalasPadam